Sabtu, Oktober 01, 2011

Kerinduan Hatiku Kepadamu


rindu dihati ini tanpa batas
menghantui hariku sehingga aku ralit dalam buaian rindu membawaku larut ke dalam garis titik kerinduan yang tiada sempadan sepatah kata rindu yang terucap dari suara hatiku ku harap akan dibawa angin bayu ke dalam mimpi indahmu
sehingga berulang kali ku ucapkan rindu dihatiku

semakin aku terjaga mengingati dan memikirkanmu
rasa rindu ini bergetar didalam sanubariku
berdebar-debar didalam kesyahduan

semakin hari aku diterjah rindu
hingga titisan air mata rindu terusik dikalbu
rasa kerinduan ini berterbangan diseluruh urat nadiku

sehingga terasa denyutan-denyutan rindu
berselirat
dan bercantum dengan darahku
sebuah kerinduan yang ada dihatiku
tidak dapat dilakarkan dengan syair-syair cinta
kerana kerinduan ini tidak dapat menghabisi rasa dijiwa dan kalbuku

mengertilah sayang

fahamilah kasih
didalam satu harapanku aku berharap
rindu akan menemukan kita.

i miss you

0 komentar: